Tuesday, September 28, 2010

Jujur dan Ikhlas.

Setiap manusia ada cara mereka tersendiri, ada pendirian mereka yang tersendiri. 
Sekiranya sesuatu perkara itu dilakukan secara paksa, maka tiadalah keikhlasan di situ. 
Ikhlas dan jujur ada seperti rakan karib. Sama seperti makan dan minum. 
Selepas makan kita pasti akan minum untuk melancarkan pencernaan. 
Makan tanpa minum maka terbantutlah pencernaan makanan tersebut, ini dapat mendatangkn mudarat kepada manusia tersebut. Wallahua'lam.
Kita memang patut jujur dalam melakukan sesuatu perkara kerana kita diajar untuk berlaku jujur. 
Namun, sekiranya perkara tersebut adalah paksaan semata-mata, maka tiadalah keikhlasan di situ. 
Hidup yang jujur tanpa keikhlasan ibarat hidup yang tiada makna.


Salam Ikhlas,
Ien 

No comments:

Post a Comment