Tuesday, September 28, 2010

Jujur dan Ikhlas.

Setiap manusia ada cara mereka tersendiri, ada pendirian mereka yang tersendiri. 
Sekiranya sesuatu perkara itu dilakukan secara paksa, maka tiadalah keikhlasan di situ. 
Ikhlas dan jujur ada seperti rakan karib. Sama seperti makan dan minum. 
Selepas makan kita pasti akan minum untuk melancarkan pencernaan. 
Makan tanpa minum maka terbantutlah pencernaan makanan tersebut, ini dapat mendatangkn mudarat kepada manusia tersebut. Wallahua'lam.
Kita memang patut jujur dalam melakukan sesuatu perkara kerana kita diajar untuk berlaku jujur. 
Namun, sekiranya perkara tersebut adalah paksaan semata-mata, maka tiadalah keikhlasan di situ. 
Hidup yang jujur tanpa keikhlasan ibarat hidup yang tiada makna.


Salam Ikhlas,
Ien 

Saturday, September 25, 2010

Busy Mode

Busy yoooo!
busy busy busy.
Berehat seketikka bersama kit-kat aaaaaaa

Friday, September 24, 2010

Berita baik untuk semua peminjam PTPTNNNNNN :)

Akhirnya PTPTN telah melancarkan Sistem Pembiayaan Ujrah (1%). Alhamdulillah :)
kaedah ni sebenarnya kaedah islamic. (seperti yang ustaz sy di uitm dulu terangkan la)
tp dorg buat secara berperingkat la. boleh rujuk jadual di bawah untuk maklumat lanjut ye

Untuk check sama ada pinjaman anda telah didaftarkan dengan sistem ini atau belom boleh la check di sini.
Anda cuma perlu memasukkkan IC number and email address je. then boleh dpt tau status. kepada yang belum didaftarkan tu, jgn berduka cita..anda boleh refer pd jadual di atas utk tahu bile br nama anda akan didaftarkan. bagi yg dh didaftarkan tu, tahniah yeeee.
bnyk tau sbenarnya beza 3% (current) dgn (1% ujrah) nih. cthnya sekiranya total pinjaman anda ialah RM 20,000. Maka 3% from RM 20,000 = RM 600 setahun (means anda perlu byr RM50 per month utk kos pentadbiran)
tp dengan kaedah ujrah ni (1% je), anda cuma perlu byr RM 200 je stahun ( iaitu RM16.67 sebulan)
mungkin namoak macam sikit, tp cuba la darabkan dengan 10thn (cth tempoh bayaran je), dh jd RM 6,000 ye utk 3% tu hehe. tp dengan ujrah dapatlah RM 2,000 je utk 10thn. hoho RM4,000 tu. bnyk ok. boleh beli flight tiket untuk anda melancong hehe. xpon boleh buat byr down payment keta dh tu hehe.
so, untungkan? thank u ptptn :)


p/s: sori kalau cth pengiraan sy salah skit ke ape ke. sy main tekan calculator je hehe. tp yg 1% dgn 3% tu betul la. awak boleh kire sendiri ye ikut total loan awak smua :)

Regards,
Ien

Celcom Broadband HP Mini Giveaway ♥

hello smuaaaa pengguna celcom broadband,
ni celcom ade buat promo starts from 21st Sept til 19th oct 2010.
giveaway prize : HP Mini 100 Netbook.
spec netbook ni pon mcm ok la. ade bluetooth, 160GB hardisk, 6-cell battery and bnyk lagilah
anad boleh tengok spec yg lebih detail di sini ye
what to do : cuma perlu beli additional data volume utk broadband anda. harga adalah seperti dibawah :)


malang bagi saya, saya baru shj beli additional data volume ni 2minggu lepas. dan tak bercadang nk menambah data volume lagi. so untuk sape2 yg berminat, boleh la beliiiii as low as RM15 jeee. xmahal pon. untung2 dpt la netbook ni. snang skit nk online lepas ni hehe. dlm handbag pon muat lalalala

Regards,
Ien

Monday, September 20, 2010

Pengambilan Cocoa Collagen Power Plus

(Photo courtesy of Google)

Cocoa Collagen Power Plus ialah koko pracampuran yang diperkayakan dengan Marine Collagen, Kacip fatimah dan Esktrak Lobata. Semua bahan-bahan ini mempunyai khasiat-khasiat yang tersendiri. 
Collagen ini sangat banyak khasiatnya. Antaranya ialah :
  • membantu mencantikkan dan menghaluskan kulit. Kesan ini saya dapat lihat selepas lebih kurang 15hari mengambil ccpp ni. Kulit muka saya sudah tidak berminyak dan tidak kering. Selain dari itu, parut2 dimuka sudah mula hilang sedikit demi sedikit. 
  • mengimbangkan hormon. Period saya setiap bulan stabil enuf. Walaupun sebelum ni saya tak pernahla terputus period, akan tetapi period saya kurang stabil. Kadang-kadang cepat, kadang-kadang lambat. macam tu la setiap bulan sehinggalah saya amalkan pengambilan ccpp ni Alhamdulillah period saya stabil skrg :)
  • mengurangkan lenguh-lenguh badan. Memang terbukti! Saya boleh dikatakan berkerja 7hari seminggu. Memang rehat tu kadang-kadang ja. Selalunya saya kan lenguh2 badan dan otot la. tp sejak mengambil ccpp ni Alhamdulillah lebguh-lenguh dh berkurang. Selain itu, saya juga seorang yang cepat letih. Tapi sejak mangambil ccpp ni, Alhamdulillah perkataan 'letih' dah jarang keluar dari mulut saya.
  • mengurang keguguran rambut. ok yang ni mmg saya kagum lah. rambut saya mmg akan gugur dengan banyaknya setiap hari. i repeat setiap hari ok. tapi sekarang tidak lagi hehe, but still gugur jugak la. tu mmg lumrah kan. tp Alhamdulillah rambut saya gugur secara normal dan rambut saya juga terasa semakin sihat serta kelemumur pon semakin berkurangan :)
  • Mencantikkan kembali tumit kaki yang pecah. Oh ini penting bagi semua perempuan. Tumit kaki mmg akan pecah kalau tidak dijaga dengan baik. Saya juga mempunyai masalah sebegini akan tetapi tidaklah kronik sangat. tumit saya cuma merekah dan kering je. Alhamdulillah lepas amalkan ccpp ni, tumit saya sihat! Tidak merekah, tidak kering dan tidak pecah. Kesan ni dapat dilihat lepas beberapa hari saya mengamalkan ccpp ni dan kekal hingga sekarang Alhamdulillah :)
(wah dh panjang aku menaip rupanya)
Oklah kena back to work. kerja bertimbun2 tak siap lagi ni. later on saya sambung k :)
if anda berminat nak tahu lebih lanjut, boleh la google.
ehem ehem, kalau berminat boleh contact saya terus untuk mendapatkan further info and harga diskaunnnn hehe :)

Love,
Ien

DIET starts today :)

Selamat pagi semua :)
tgk title pon dh tau saya nak cakap pasal diet.

 
(picture courtesy of Google)

hmmmm disebabkan saya makan xhengat dunia sepanjang aidilfitri ni. From 1st day raya sampai la smlm genap 10 Syawal. Dan saya memang telan semua yang dihidangkan dengan jayanya haha. (Padan muka kau shakirin, harini baru nk menyesal)
Hasil dr 10hari beraya ni, jeans mmg dh makin sendat, baju mmg dah makin keta; even baju kurung pon terasa kesendatannyaaaaa. oh please go away la wahai lemak2ku sekali. isk rasa macam dah ada 50% lemak dlm badan ni haha.
So mulai harini saya berazam untuk mulakan diet saya yang xseberapa ni hehe. saya bukanlah seorang yang fanatic dengan diet ni. saya cuma diet utk mengurangkan beberapa kilo berat badan dan yang penting skali untuk menyihatkan tubuh badan saya :)

(picture courtesy of Google)


Aaaa hajat dihati mmg la nak selim macam gambar yang sebelah kanan ni kan. sigh. apakan daya, tulang saya tidaklah sekecil ituuuu. (memang kau xboleh nampak kecil macam tu lah shakirin)


(picture courtesy of Google)


Dan saya bukanlah melakukan any belly dancer haha. Gambar di atas cuma sebagai hiasan. cute kan snail ni?? :)

(picture courtesy of Google)


wahhh nak diet macamana lah nihhhhh?
ok. mcmni lah. here's my diet plan :)
1. Never skip breakfast, lunch and dinner.
    Breakfast - Nasi lemak / roti canai
    Lunch - Nasi / bihun
    Dinner - Nasi / bihun
2. Tak makan terlalu banyak dan tak terlalu sikit. Cukup2 ja :)
3. Dinner seboleh2nya saya akan makan before 8pm la. Before maghrib maybe :)
4. mmm disebabkan say suka pd ice-creammmm. mana boleh xmakan kan. mmm maybe makan ice-cream once a week ja kot hehe
5. InsyaAllah saya akan perbanyakkan berjalan. Since saya baru terbaca tentang duduk lama2 boleh menyebabkan seseorang itu menghidap diabetis wlpn org tu xgemuk. ini fact ok kawan-kawan. Maybe ni bukan kesan jangka pendek; jangka panjang maybe. Oleh itu kepada semua yang berkerja di office, jangan duduk lama2 ok. bangun la sekejap setiap sejam k.
6. Minum air kosng banyak2. Seboleh2nya saya akan habiskan 2-3litre air kosong during office hour. InsyaAllah. Air kosong sangat2 bagus utk pembuangan lemak dan toksin ye. ini pon fact ok bukan ayat reka2 by me hehe.
7. mmm apa lagi eh. makan buah maybe. disebabkan saya bukan penggemar sayur-sayuran, oleh itu saya akan menggantikan pengambilan sayur-sayuran dengan memakan buah-buahan. 1-2 serving per day insyaAllah.
8. No fast food please shakirinnnnn. If during lunch tu dh mkn fast food, dinner xboleh amek nasi. Just makan cereal or roti ( ringan2 ja la)
9. Semestinya tidak akan dilupakan; Cocoa Collagen Power Plus. mmm next post la saya cerita pasal khasiat2 ccpp ni ye. 
10. Last skali maybe nak cari slimming cream / scrub kot. tp xtau lagi nk pkai brand apa. Maybe dalam minggu ni baru nak decide

ok ini sajalah plan saya. plan ni saya publish bukan sahaja untuk peringatan kepada diri sendiri, tapi of course la utk share dgn semua pembaca blog ini :)
plan ni saya buat based on 10 Diet Rules by Beyond Dieting Website. tp bukanlah saya copy and paste ja. and saya pon bukan la follow exactly 10 Diet Rules ni. Ianya saya jadikan sebagai garis panduan untuk membuat diet plan yang sesuai dengan badan saya hehe.
Kalau ikutkan 10 Diet rules ni, xboleh amek nasi langsung ok. tp saya ni berlidah melayu, mana boleh xmakan nasik. At least sehari sekali kena jugak makan. And kena minum green tea tu saya xminum la sbb i hate green tea. sangatlah xsedap huhu. and adala beberapa rule lain yang ubah ikut citarasa sendiri hehe
oklah, till then..byeeee. Nantikan post pasal Cocoa Collagen Power Plus pulak k lepas ni hehe

Love,
Ien

Thursday, September 9, 2010

Raya checklist

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir & Batin


Raya checklist :
1. Cadar, langsir and bla bla - setel
2. Masak memasak - mak tengah berhempas pulas masak dirumah seorang diri skrg. 
3. Baju raya - oh sgt sedih. baju rayaku hancus! lepas raya sambung cerita
4. Duit raya - setel
5. Office workload - lepassss raya saya siapkan ya bos hehe

Wednesday, September 8, 2010

Berani kerana benar, takut kerana salah.

Sesungguhnya saya sangat kagum dengan orang dulu-dulu, pepatah ini sangat2lah benar sebenar-benarnyaaa

and the other one is "Siapa yang makan cili, dia yang terasa pedasnya". so trueeeeeee

(Picture credits to Google)

Panasnya marah perlu didinginkan.

Mendinginkan kemarahan isteri dengan mesra

Rasulullah biasa memicit hidung Aisyah jika beliau marah dan berkata: “Wahai 'Uwaisy, bacalah doa: 'Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku, dan lindungilah diriku daripada fitnah yang menyesatkan.” (Hadis riwayat Ibnu Sunni)

(Credit to Google fr the picture )

Saturday, September 4, 2010

Game Mode : ON

Game Mode : ON
Plant vs Zombie fr the 2nd time in my life (cewahhh ayat xley blah). Sblm ni dapat completekan 98% ja from the whole game. 2% lagi xsempat sbb laptop dh nazak perlu diformat smula :(

howz thatz? coolz kan? <--- ni la bahasa zombie haha
haha mmg sangat cool. boleh addict. tp utk weekend ja la. weekdays kalau nk layan addict jugak mmg kena buang kerja la alamatnya haha

boleh dapatkan installer game ni di sini. 
Chear code pon ada kalau pemalas nak main haha. tapi saya xpakai cheat code ok!
if nk cheat code, google "plant vs zombie cheat" - confirm xsampai sehari dh setel smua level haha

suka duka kehidupan.

kadang2 manusia terlalu memikirkan kesalahan orang lain sehinggakan terlupa akan kesalahan sendiri

Friday, September 3, 2010

Fabric Cleaner vs Leather Cleaner

Beg-beg saya (wah macam banyak sangat beg kau ien) dijaga dengan penuh kasih sayang oleh saya. (haha kasih sayang la sangat). Walaupun sayan bukan seorang yang pentingkan kekemasan, tapi saya sentiasa akan pastikan beg-beg saya diletakkan pada tempat yang betul. Saya juga meletakkan beg-beg saya di atas lantai, tapi saya akan sentiasa memastikan beg-beg saya sentiasa sihat hehe.
Kalau saya keluar, saya akan pastikan beg saya xkena panas dan xkena hujan. (nasib naik malaysia xdak salji :))
wah sayang sungguhla shakirin pada beg dia haha. tapi saya jaga beg-beg yang berusia xsampai setahun la. kalau dh lepas setahun tu, dia dah boleh jaga diri sendiri haha. pandai-pandai kau la haha. kejam.

jaga jaga jaga dan terus jaga, tapi last year masa tengah makan di Amin Thai, Shah Alam..saya terlalu careless lalu pinggan nasi saya terjelepuk jatuh atas beg sayaaaaa. Oh nooooo! *terus hilang selera makan*.
Time tu xada masa nk google pasai fabric cleaner sbb busy dengan FYP. *sigh. Mesti beg tu rasa saya menganak tirikan dia. :(

ok nak share skit pasal Amin Thai :)
Restoran ni restoran biasa ja. tapi makanannya superb! Makcik dan pakcik ni lah yang banyak berjasa pada saya sepanjang saya berada di Shah Alam. hehe mereka adalah tokei Amin Thai ni :)
Makcik ni sangat vogue dan awet mudaaaa ok


ni adalah antara juadah yang pernah masuk dalam perut saya. sedap2. xrugi makan kat sini :)


so now saya nak share pasal fabric cleaner and leather cleaner. harini saya dapat update from satu blog ni yang banyak jual handbag. and now dia ada jual fabric cleaner and leather cleaner. RM110 each.
Ni la sample fabric cleaner. dan gambar yang satu lagi tu leather cleaner :)



If berminat nak order, boleh refer di sini.
Saya tak pasti sama ada boleh digunakan pada brand lain or tak. Boleh tanya akak vee ni ye. Contact no pon ade. email pon ade :)
Blog My Brand Outlet Store pon ade jual.

Selamat menjadi handbag-cleaner 

JobStreet.com MCTF'10

Selamat pagi smua,

saya masuk office terus check Facebook and emel. terbaca la newsletter from JobStreet.com.
bagi yang belom tahu or terlupa, MCTF (Malaysia Career & Training Fair) is a career fair yang dianjurkan oleh JobStreet. Untuk semua jobseekers spatutnya alert dengan career fair macam ni. Sebabnya career fair yang macam ni sangat best sbb ada banyak company besar-punya yang akan join. Antara company yang join MCTF'10 ni :
INTEL Technology Sdn. Bhd.
Hewlett Packard (M) Sdn. Bhd.
Maxis Mobile Sdn. Bhd.
Western Digital (M) Sdn. Bhd.
Robert Bosch Sdn. Bhd.
RHB Banking Group
Public Bank Berhad
KFC Holdings (M) Sdn Bhd
Dell Global Business Center Sdn Bhd
and banyak lagi la. So far ada 78 company yg join. Boleh refer di sini untuk tengok company list.
instead of that, boleh refer di sini untuk tengok position apa yang diorang offer.
Macam yang career fair MCTF'09, pihak JobStreet ada buat Express Registration. Due date : 6th October ok. Jangan terlambat!


boleh clik di sini untuk baca few tips yang xada dalam MCTF'10's web. Link tadi untuk MCTF'09, but still bolah diguna pakai la :)


Wish you all the best guys!
Happy Job Hunting :)


Love,
Ien

Thursday, September 2, 2010

PTPTN oh PTPTN


Bila tengok orang lain sambung belajar, rasa mcm nak sambung blajar jaaaa
Bila tengok orang lain bertunang, rasa macam nk bertunang cepat2 jaaa
Bila tengok orang lain kawen, terasa nak kawen sangat2 :)
Bila tengok orang lain ada anak, terasa nk kawen and ada anak cepat2
Bila tengok ada sale, cepat2 serbuuuu
Tapi bila tengok PTPTN statement..adoi mak. Rasa macam xmau kawen selagi xhabis bayarrrrrr
*sigh*

saya sangat stress tengok PTPTN statement saya. Bayar punya bayar, macam tuuu jugak.
Macamana nak buat ni? Stressnyaaaaa la.

Sekian. Terima Kasih

Pesanan Penaja : Kawan-kawan yang dh habis blajar, jgn lupa bayar PTPTN ok. yang belom habis blajar, jgn boros2. nanti menyesal mcm saya di kemudian hari. sigh*
Eh and and, saya sempat buat kajian. tp xtau la betol or tak. Pihak PTPTN akan start kira kos pentadbira selepas 5 bulan kita konvo. Contohnya sekiranya anda konvo pada Ogos 2009..kos pentadbiran akan mula dikira mengikut total pinjaman anda pada Januari 2010. betul atau x? check la penyata anda. kalau xbetul sorryyy. (boleh pulak macam tu eh shakirin. gilos btoi)
Oleh itu, mulalah bayar secepat mungkin. Jangan tunggu sampai blacklisted baru nk bayarrrr